Sabtu, Julai 22, 2006

Buku Lagi?

Saya sedang kemaruk membaca buku. Sibuk membaca buku tanpa henti. Lepas satu buku satu buku. Minggu lepas saya membeli buku macam orang kaya. Tiga kali beli buku dalam masa seminggu!
Hari Khamis saya singgah di DBP Kawasan Utara. Saja-saja singgah tengok buku. `Terbeli' tiga buah buku.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Ziarah Tanah Kudup – Kemala, kumpulan puisi hasil cipta Ahmad Kamal Abdullah atau Kemala. Saya beli setelah baca ulasan tenatng buku ini dalam Dewan Sastera.

Pendidikan Estetika Daripada Pendekatan Tauhid - Mohd Affandi Hassan. Saya sering baca artikel tulisan penulis dalam media. Saya memang mencari karya Affandi Hassan semenjak kali pertama saya berjumpa beliau di kampus hampir 20 tahun lepas. Saya masih ingat waktu itu saya menjadi pengerusi sebuah majlis forum tentang pengurusan organisasi. Affandi dijemput atas kapasiti sebagai pegawai dari Intan. Terkedu saya bila beliau memperkenalkan diri sebagai seorang penting dalam dunia sastera. Semenjak hari itu, tulisan beliau yang kritis sering saya ikuti.

Memartabatkan Persuratan Melayu – Baha Zain adalah ucap utama dalam Perhimpunan Penulis Muda di Tanjung Piai, Johor.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
Hari Sabtu saya gatal tangan ke laman web ujana Ilmu bila mendapat tahu tentang buku terbaru Pak Samad Said dan buku Pak Abdullah Hassan.

Secara jujur, saya kurang gemar membeli di talian. Saya lebih menghargai pengalaman mencari buku dari satu rak satu rak lain dan dari satu kedai buku ke kedai buku yang lain. Itu satu keseronokan bagi saya. Namun, jika buku yang ingin dicari susah sangat dicari, kedai buku ditalianlah jalan yang paling selamat.

Saya beli buku Ilham di Tepi Tasik tulisan A Samad Said. Buku ini adalah himpunan esei terbaik mengenai berbagai isu tulisan A Samad Said. Saya juga beli VCD A Samad Said - Kehidupan Seorang Seniman Malaysia – yang diusahakan oleh Dinsman dan diarah oleh Nasir Jani. Seronok saya menonton hidup Pak Samad yang dikelilingi oleh timbunan buku.

Saya juga beli dua lagi buku tentang yang menghimpunkan tentang sastera dan penulisan. Satu buku Idealisme & Intelektualiti Dalam Karya - Mohammad Saleeh Rahamad yang menghimpun kertas kerja Perhimpunan Penulis Muda di Tanjung Piai. Satu lagi, buku Sastera Junjungan tulisan Mana Sikana yang diulas di Dewan Sastera terbaru.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Bagusnya layanan di di Ujana Ilmu ini, pembeli akan dihubungi untuk mengesahkan pembelian. Hari Sabtu itu saya dihubungi Sdri Nisah untuk pengesahan juga memberitahu ada buku baru sampai yang sedang panas di pasaran. Buku apa lagi kalau bukan buku Perjalanan Ku Sejauh Ini: Sebuah Autobiografi – tulisan Sasterawan Negara Shahnon Ahmad. Ramai yang menanti buku ini untuk membaca pandangan beliau tentang penglibatan di dalam Al-Arqam dan parti politik PAS. Saya sudah selesai baca. Senang-senang nanti, saya tulis di blog.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Hari Ahad saya dan Suri ke Kinta City Ipoh. Seperti biasa mesti singgah di MPH, menengok buku-buku baru. Sebenarnya saya mencari majalah Islamica baru, jika ada. Ada beberapa buah buku yang berjaya memikat saya. Banyak buku yang sudah lama saya idamkan tetapi, berjaya saya sabarkan jiwa agar tunggu dulu, mungkin lain kali. Saya hanya beli dua buah buku.

Yang pertama buku Islam & Pluralisme yang disusun oleh Al-Mustaqeem terbitan Middle-Eastern Graduates Sdn. Bhd (MEGC) (bukan IKD seperti yang saya sebutkan sebelum ini). Buku ini memuatkan himpunan penulis yang menyokong pluralisme agama. Buku ini seakan mahu memberitahu bahawa pluralisme agama itu ada banyak jenis dan mazhabnya Ada tulisan yang sangat meresahkan saya apabila menyamakan semua agama. Ayat Qur’an dan sirah Nabi yang sering kita baca apabila menyokong toleransi agama dibaca sebagai mengiktiraf semua agama sebagai betul, benar dan diterima Allah. Jiwa rasa resah.

Buku kedua ialah buku penulis terkenal, Milan Kundera. Terkejut saya bila melihat begitu banyak buku Milan Kundera di situ. Seingat saya sebelum ini memang tiada. Kelabu mata saya mahu memilih satu. Akhirnya saya memilih buku The Book of Laughter and Forgetting - Milan Kundera yang dikatakan sebagai buku pertama yang melonjak nama beliau di tahun 70an.

Hari Ahad ini saya ke Kuala Lumpur. Hajat hati nak ke Pustaka Indonesia dan MPH Midvalley, kalau sempat. Skoob dan Silverfish pun tak jauh dari tempat kami menginap di Jalan Kelang Lama.

Buku Lagi?

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails