Keluarga Gerilya
Pramoedya Ananta Toer
Penerbitan Pustaka Antara
1976
246 ms
Kisah menyayat hati tentang perjuangan. Bagaimana hancurnya sebuah keluarga kerana peperangan.
Dah merata saya mencari buku ini. Saya sudah memiliki dan membaca karya Pramoedya seperti Cerita Dari Blora, Perburuan dan Mute Soliloquy. Keluarga Gerilya bagaikan pelengkap kepada koleksi buku karya Pramoeya ,malah ia adalah karya Pramoedya yang wajib dimiliki.
Yang menariknya buku ini saya jumpa di celah timbunan buku terpakai di kedai buku terpakai, kedai buku Novel Hut. Saya selalu ke Novel Hut untuk mencari majalah atau jurnal lama seperti Harvard Business Review, Mens & Fitness, Foreign Affairs ataupun mencari buku teks tambahan untuk kelas.
Jangan terkejut jika saya katakan buku ini saya beli hanya dengan RM2 dan tertulis harga asalnya iaitu RM6.50!
Keluarga Gerilya adalah kisah tragis sebuah keluarga pejuang yang mengorbankan segala-galanya demi kemerdekaan negara. Korban nyawa, korban masa depan, korban ayah, korban. Ayah dibunuh kerana menjadi tali barut Belanda. Ibu hilang akal kerana mengenangkan nasib anak-anak. Anak-anak lelaki semuanya berjuang menyertai revolusi kemerdekaan. Anak perempuan tidak bersekolah dan mencari kerja kerana derita kehilangan sumber pencarian.
Banyak dialog yang sangat menarik dan mengejutkan dalam novel ini. Dialog antara Saaman yang dijatuhkan hukuman mati oleh Belanda dengan Pengarah penjara sukar untuk saya lupakan. Saaman enggan meminta pengampunan dari penjajah Belanda malah beliau mahu hukuman mati ke atasnya dipercepatkan. Dialog tentang perjuangan dan kemanusiaan yang sungguh menyentuh perasaan.
"Revolusi menghendaki segala-galanya... menghendaki kurban yang dipilihnya sendiri. Demikian hebatnya revolusi. Kemanusiaanku kukorbankan. Dan sekarang ini... jiwa dan ragaku sendiri. Demikianlah paksaan yang kupaksakan pada diriku sendiri. Kupaksa diriku menjalani kekejaman dan pembunuhan agar orang yang ada di bumi yang kuinjak ini tak perlu lagi berbuat seperti itu... agar mereka itu dengan langsung bisa menikmati kemanusiaan dan kemerdekaan."
Saya sentiasa rasa tidak puas bila membaca buku Pramoedya dan rasa ingin mencari karyanya yang lain. Tulisan beliau begitu menyentuh jiwa dan perasaan mungkin kerana pengalaman beliau yang beberapa kali dipenjarakan. Novel Keluarga Gerilya ini diterbitkan pada tahun 1950 sejurus selepas beliau dibebaskan dari Penjara Bukit Duri Jakarta oleh Belanda. Saya masih mencari karya beliau kuartet Buru, empat novel yang beliau tulis ketika dipenjarakan selama 10 tahun di Pulau Buru.
Kini Pramoedya sudah berumur 80 tahun. Beliau baru menyambut ulang tahun kelahiran beliau pada 8 Februari lepas. Sudah tidak mampu menulis novel lagi. Hanya sesekali menulis esei. Beliau pernah dicalonkan Anugerah Nobel semenjak tahun 1981. Moga kita dapat melihat seorang Anak Nusantara menerima Anugerah Nobel sebelum beliau beredar pergi.
7 ulasan:
salam.
dimana sy boleh dapatkan buku buku pramoedya.sila tinggakan pesan dalam chat shout dalam blog saya.izinkan sy linkan dalam boleh sy.tqhttp://kedaibukuperintis.blogspot.com/
Saya rasa buku ini belum diterbitkan kembali. Saya hanya ada yang lama.
ye..dulu cikgu saya suggest bc buku ni..dan sy dh baca..ms tu baru tingkatan enam...sgt menarik dan byk teladan...
saya hanya mendengar ttg kehebatan buku ini dari senior2 yg ambil Form 6. Saya tak berkesempatan utk membaca nya lagi dan sedang dlm usaha utk mencarinya. Ulasan anda menambah rasa keterujaan utk memiliki & membaca novel ini
Buku Keluarga Gerilja Oleh Prtamoedya Ananta Toer bisa dibeli di kami dengan harga Rp. 40.000
Silahkan hubungi kami di +6285733358773 >> Tika
Saya mau dapatkan buku ini Gimana ya.
Saya mau dapatkan buku ini Gimana ya.
Catat Ulasan