qur’an and cricket: Travels Through the Madrasahs of Asia and other stories
Penulis : Farish A Noor
Harga :RM40.00
ISBN :9789833221257
Penerbit :SILVERFISHBOOKS
Tahun :2009
Format :PAPERBACK
Halaman :288
Farish A Noor mungkin tidak perlu diperkenalkan lagi kepada khalayak di Malaysia. Tokoh pemikir politik dan sosial ini juga dikenali sebagai seorang ahli akademik pengkaji sejarah dan budaya.
Farish A Noor juga merupakan seorang tokoh yang agak kontroversial kerana tulisannya yang kadang-kadang dilihat terlalu berterus-terang. Saya melihat Farish sebagi seorang anak muda yang ingin tahu dan gigih mencari jawaban kepada pertanyaan-pertanyaan yang sering datang dalam hidup. Dalam ketergesaan menulis kadang-kadang pendapatnya menimbulkan kontroversi dan menjemput kritik yang bukan kecil dari khalayak rami termasuk alim ulamak dan pertubuhan Islam.
Beliau pernah menjadi penulis yang kerap menulis tulisan di akhbar milik parti PAS iaitu Harakah. Saya menjadi antara peminat tulisan beliau yang seakan menjadi jambatan antara golongan Islamis dan pendokong demokrasi untuk mengenali dan mendalami pemikiran yang berbeza. Harapan itu bagaimanapun terbantut apabila tulisan terakhir beliau di Harakah menimbulkan kemarahan pemimpin Pas masa itu sehingga berlakunya rombakan dalam sidang pengarang Harakah, Tulisan Farish bertajuk Memikirkan semula pendekatan PAS itu sekali lagi dianggap terlalu berterus-terang dan tanpa berselindung, mengkritik dan menghentam dasar dan tindakan PAS masa itu.
Buku ini menghimpunkan catatan perjalanan beliau ke tempat-tempat yang orang lain tidak mahu pergi. Farish telah mengembara ke madrasah dan pondok pengajian di Indonesia, selatan Thailand, Pakistan, Mesir, Kashmir dan lain-lain. Dalam rangka membuat kajian akademik beliau telah menziarahi institusi pendidikan Deoband yang sangat terkenal di kalangan pendokong gerakan Islam. Beliau tinggal bersama-sama dengan para penuntut di madarsah tersebut dan mewawancara mereka untuk mendapat gambaran yang jelas dan terus dari sumbernya.
Penulisan Farish yang serius tetapi bersahaja sangat menarik hati saya. Bahasanya yang sedap dan disulam dengan humor membuatkan pembaca terasa seakan dibawa bersama ke tempat-tempat yang beliau lawati. Catatan perjalanan beliau ke Pesantren Mukmin dan mewawancara Ustaz Abu Bakar Bashir sangat menarik kerana memperlihatkan wajah seorang pemimpin Islam yang jarang ditonjolkan di dalam media. Ustaz Abu Bakar Bashir yang sering dikaitkan dengan aktiviti keganasan oleh media barat sebenarnya sangat dihormati dan disanjung oleh masyarakat sekeliling.
Sebahagian dari catatan di dalam buku ini mungkin pernah disiarkan dalam majalah Off The Edge tetapi telah dikemaskini agar relevan untuk dibaca kini. Buku ini termasuk antara buku catatan perjalanan yang terbaik yang pernah saya baca.
7 ulasan:
Salam sdr,
Ulasan sdr menarik minat saya untuk mencari dan membaca buku tersebut. Terima kasih.
sudah beberapa kali saya memegang dan membelek buku ini tapi hati masih belum terbuka untuk memilikinya..sekarang ia dalam senarai, selepas beberapa buah buku
Salam JR, sejuk rasanya membaca tulisan ni...teringfat balik zaman buka kitab kuning kat madrasah an-nuriyah...hmmm...terus le menulis, sebab ada orang yang terangsang nak membaca lagi dan lagi lepas membaca apa yang Pak Jiwa tulis...dapat pahala tu...
Selamat datang kembali akhi Jiwa Rasa. Lama benar rasanya tidak membaca ulasan-ulasan buku saudara.
Tentang buku ini, belum sempat lagi untuk dijamah. Sedang menunggu giliran di rak.
:)
(http://mudin001.com)
penabahari,
moga ada manfaat,
artisticklytouch,
selamat menunggu giliran :)
u-hah,
dalam buku ini penulisnya makan dan tidur bersama-sama penuntut, juga berpakaian seperti mereka. Pembaca terasa dibawa ke dalam kelas dan asrama madrasah itu...
Najmuddin,
Terimakasihlah sudi menjenguk walaupun banyak kali kecewa kerana tiada entri terbaru.. :)
Tak berjumpa lagi dengan buku ini.Tapi saya sering membaca tulisan farish di Off The Edge.Paling menarik tentang Farish mampu mengabungkan budaya,sejarah dan agama dalam artikelnya.Tambah menarik dengan humor dalam tulisannya boleh bikin saya ketawa kecil dalam artikel-artikelnya.Kena cari buku yang satu ini.
Fadli,
Saya nampak di Kedai Buku Popular tafi, ada diskaun 20 peratus untuk buku ini.
Catat Ulasan