Selasa, Ogos 17, 2004

Jiwa Berani - William Wallace




Braveheart adalah tajuk sebuah filem berdasarkan kisah hidup mengenai pejuang lagenda Scotland di kurun ke 13, William Wallace. Filem arahan dan lakonan Mel Gibson ini telah berjaya memenangi 5 anugerah Academy di tahun 1995.

William Wallace adalah seorang rakyat biasa yang ingin meneruskan hidup mencari rezeki dan tidak begitu ambil peduli mengenai pemerintahan Raja Inggeris, Edward the Longshanks yang zalim. Semuanya berubah, apabila isteri beliau telah dibunuh dengan kejam oleh orang-orang Raja Inggeris. William berjuang menuntut bela di atas kematian isteri tersayang. Perjuangan yang bermula dengan menuntut bela itu diteruskan dengan perjuangan menuntut keadilan, kebebasan dan perjuangan menghalau penjajah Inggeris dari bumi Scotland.

Keberanian William telah memberikan semangat baru kepada rakyat Scotland yang dahagakan kepimpinan yang berjiwa berani. Rakyat biasa telah bersama-sama berjuang menentang Inggeris dalam beberapa siri pemberontakan.

Namun begitu, William akhirnya telah berjaya ditangkap. William diberi pilihan untuk meminta pengampunan dan memberikan taat setia kepada Raja Inggeris, ataupun dijatuhkan hukuman mati kerana melawan kerajaan Inggeris. Namun pejuang ini enggan tunduk kepada kerajaan zalim Edward Longshanks. Beliau enggan meminta pengampunan dan lebih rela mati sebagai pejuang. William mati dipancung dengan menjeritkan kalimah akhir......FREEDOM.

Kematian William tidak meruntuhkan semangat orang Scotland malah, jiwa berani William Wallace hidup segar dalam ingatan orang sebagai simbol perjuangan orang biasa yang berjaya memimpin rakyat Scotland.

Terima kasih Aida kerana tolong letakkan lagu latar dari soundtrack filem Braveheart di blog jiwarasa. Lagu dari soundtrack Braveheart ini telah digubah oleh James Horner, komposer terkenal yang juga penggubah soundtrack untuk filem Titanic.


Petikan dari salah satu adegan

Scene at the Battlefield at Stirling where William Wallace addressed the crowd before the battle.

William: William Wallace, and I see a whole army of my countrymen here in defiance of tyranny. You have come to fight as free men, and free men you are. What will you do with that freedom? Will you fight?

A Man in the crowd: (to William) Fight against that? No, we will run, and we will live.

William: (in reply) Aye, fight and you may die, run and you'll live. At least a while. (shouting to all) And dying in your beds many years from now, would you be willing to trade all the days from this day to that for one chance, just one chance to come back here and tell our enemies that they may take our lives, but they'll never take our freedom?!

Alba gu brath! (Scotland forever!)



Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails