Jumaat, Oktober 08, 2004

Fishbone dan Bangau Oh Bangau




Minggu lepas berlangsunglah QCC Convention di Ipoh. Kami telah menjadi hos kepada 20 kumpulan QCC dan Suggestion Scheme yang datang dari syarikat dalam kumpulan dari seluruh negara. Mereka adalah pemenang yang mewakili zon masing-masing iaitu zon utara, selatan, timur dan tengah. Menjadi hos memang memenatkan kerana terpaksa melayan kerenah beratus peserta dan juga pihak pengurusan tertinggi syarikat. Penat tetapi menggembirakan kerana anak buah saya dari kumpulan Trendsetters dan Netminds telah memenangi kumpulan QCC terbaik kategori pengurusan dan cross-functional, dan kami buat julung kalinya menjadi johan keseluruhan QCC Convention kali ke 8 ini.

Apabila berbicara tentang QCC, nama Ishikawa akan sentiasa disebut. Kaoru Ishikawa adalah antara tokoh kualiti Jepun yang telah memperkenalkan QCC kepada dunia. Beliaulah yang mempopularkan `7 QCC Tools’ sebagai asas QCC. Beliau terkenal dengan `Cause and Effect Diagram’ nya yang mengkaji masalah melalui gambarajah ikan ataupun fishbone diagram. Fishbone diagram yang juga dikenali sebagai Ishikawa diagram telah menjadi satu perkasan popular dalam penyelesaian masalah terutama semasa sesi sumbang saran atau brainstorming. Dengan diagram ini, kita dapat melihat semua kemungkinan sebab dan dapat mencari punca sebenar masalah.

Saya tertarik bila mendengar ulasan Ketua Juri pada hari penutup yang sangat menarik mengenai QCC. Dr Mustafa Hashim, seorang yang sangat berpengalaman yang kami jemput dari NPC telah membuat ulasan yang menarik mengenai proses penyelesaian masalah. Beliau memberi komen yang mencari punca masalah atau `root cause’ adalah peringkat yang paling penting kerana jika kita salah mengenalpasti masalah, kita akan memberi penyelesaian yang silap. Beliau menegaskan Fishbone diagram adalah sangat penting dalam mengenalpasti punca masalah.

Beliau juga telah memberi ulasan menarik mengenai penyelesaian masalah dengan memberi kiasan kepada lagu Bangau Oh Bangau. Lagu tersebut memberi sebab mengapa bangau kurus dengan mencari punca satu demi satu dari sebab ikan, rumput, kerbau dan seterusnya. Inilah proses penyelesaian masalah yang sepatutnya iaitu mencari punca sebenar masalah. Malangnya, bila kita ditanya mengapa bangau kurus, kita terus menjawab `sebab memang bangau kurus’ sebagai jawaban, tanpa mengenalpasti sebab yang terutama.

Balik ke rumah hari itu, saya terus mencari lirik lagu Bangau Oh Bangau. Sekian lama mengkaji tentang teori kualiti, tak pernah pula terfikir lagu yang selalu jadi nyanyian semasa kecil ini sebenarnya ada nilai yang besar yang boleh dipelajari dan diadaptasikan dalam pengurusan kualiti. Tak semena-mena timbul rasa hormat kepada pencipta lagu itu. Ketika QCC hanya popular di negara kita di tahun 80-an, saya telah mula menyanyi lagu ini seawal tahun 70-an!


Malangnya saya tidak tahu siapakah yang mencipta lirik dan lagu ini!



BANGAU OH BANGAU
Bangau oh bangau,
kenapa engkau kurus?

Macam-mana aku tak kurus,
ikan tak mahu timbul.
Ikan tak mahu timbul.

Ikan oh ikan,
kenapa engkau tak timbul?

Macam-mana aku nak timbul,
rumput panjang sangat.
Rumput panjang sangat.

Rumput oh rumput,
kenapa engkau panjang?

Macam-mana aku tak panjang,
kerbau tak makan aku.
Kerbau tak makan aku.

Kerbau oh kerbau,
kenapa tak makan rumput?

Macam-mana aku nak makan,
perut aku sakit.
Perut aku sakit.

Perut oh perut,
kenapa engkau sakit?

Macam-mana aku tak sakit,
makan nasi mentah.
Makan nasi mentah.

Nasi oh nasi,
kenapa engkau mentah?

Macam-mana aku tak mentah,
api tak mahu menyala.
Api tak mahu menyala.


Api oh api,
kenapa engkau tak mahu menyala?

Macam-mana aku nak menyala,
kayu api basah.
Kayu api basah.

Kayu oh kayu,
kenapa engkau basah?

Macam-mana aku tak basah,
hujan timpa aku.
Hujan timpa aku.

Hujan oh hujan,
kenapa timpa kayu?

Macam-mana aku tak timpa,
katak panggil aku.
Katak panggil aku.


Katak oh katak,
kenapa panggil hujan?

Macam-mana aku tak panggil,
ular nak makan aku.
Ular nak makan aku.

Ular oh ular,
kenapa nak makan katak?

Macam-mana aku tak makan,
memang makanan aku.
Memang makanan aku......

Betul juga tu ye...........

Memang makanan engkau.
Memang makanan engkau

4 ulasan:

Yume berkata...

Ini satu pendekatan baru bagi lagu Bangau oh Bangau. Terima kasih kerana berkongsi. yang biasa saya dengara ialah org mengaitkan lagu Bangau Oh Bangau dgn sikap orang kita yg suka menyalahkan org lain tanpa melihat kpd diri sendiri.

Unknown berkata...

Nectar,

Saya pun kali pertama dengar. Yang bagusnya, semua staff faham bila dia buat perbandingan yang mudah macam tu.

kman berkata...

Sdr.., saya tak perasaan sdr telah menerbitkan kisah bangau o bangau dalam blok sdr sejak okt 2004 sehinngalah diberitahu sahabat baik saya Dr.Mustafa. Sehingga hari ni saya masih berpendapat sama dgn Dr.Mus ( sekarang sama bertugas dengan saya di MPC Kuantan)..bagaimana punca masalah perlu dipilih dengan menggunakan teknik why-why analisis..atau lebih muda kiasanya lagu bangau o bangau... setiap kali saya dilantik sebagai ketua panel perkara yang sama saya bercakap..samada Group ICC faham atau tak saya tak pasti sebab masih gunakan teknik yang sama dalam rajah isikawa, tak mahu langsung buat transformasi pemikiran dengan menggunakan teknik why-why analisis... ade masa layan blog saya kmankzk.wordpress.com... semuanya cerita pasal ICC

kman berkata...

Sdr.., saya tak perasaan sdr telah menerbitkan kisah bangau o bangau dalam blok sdr sejak okt 2004 sehinngalah diberitahu sahabat baik saya Dr.Mustafa. Sehingga hari ni saya masih berpendapat sama dgn Dr.Mus ( sekarang sama bertugas dengan saya di MPC Kuantan)..bagaimana punca masalah perlu dipilih dengan menggunakan teknik why-why analisis..atau lebih muda kiasanya lagu bangau o bangau... setiap kali saya dilantik sebagai ketua panel perkara yang sama saya bercakap..samada Group ICC faham atau tak saya tak pasti sebab masih gunakan teknik yang sama dalam rajah isikawa, tak mahu langsung buat transformasi pemikiran dengan menggunakan teknik why-why analisis... ade masa layan blog saya kmankzk.wordpress.com... semuanya cerita pasal ICC

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails