menghimpun cetusan rasa, tulus dari jiwa. Jiwa hidup dengan deria rasa. Dari Jiwa Rasa.
Selasa, Jun 22, 2010
Enam
Waktu berlalu begitu pantas sehingga kita sering tidak sedar kita sudah ketinggalan jauh. Seringkali masa dan peluang yang ada tidak kita gunakan sepenuhnya. Kehidupan ini bagaikan menatap indahnya pemandangan matahari terbenam di waktu petang. Kita asyik dengan indahnya kejadian alam sehingga kita tidak sedar sebenarnya matahari sudah pun terbenam. Masa terus beredar dan kita masih asyik merenung langit. Masa yang lalu tidak mungkin akan kembali. Renunglah ke hadapan dan hadapi hari-hari seterusnya.
Kita sering mengeluh tidak buat apa yang perlu diperbuat. Kita beri berbagai alasan buat mengurangkan rasa bersalah dalam diri. Apapun alasan, semalam tetap semalam. Tinggal hari ini dan hari esok untuk dihadapi sebelum ia menjadi semalam.
Semoga kita diberi kekuatan untuk mencorakkan hari ini yang akan dikenang sebagai semalam yang indah.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
6 ulasan:
Saya rindukan ulasan buku tuan. Bila lagi mahu naikkan entri?
Salam,
Pak Jiwa,
Saya juga amat merindui membaca ulasan buku daripada bapak.
salam..
penulisan yg amat bermakna
assalam ,blog yang penuh dengan ilmu,terima kasih tuan
blog yang penuh dengan ilmu...terima kasih tuan
nice,.....
Catat Ulasan