Isnin, Julai 17, 2006

Palestin

.


Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Peta negara Palestin dari tahun 1946 sehingga kini


Kemenangan Hamas dalam pilihanraya di Palestin rupanya telah menyebabkan rejim Zionis hilang akal. Berbagai sekatan dan tekanan dikenakan ke atas Hamas dan rakyat Palestin sebagai hukuman kerana mengangkat Hamas sebagai parti memerintah.

Rejim Israel lalu menggila. Mengamuk macam orang gila. Hanya kerana seorang tentera Isarel yang ditawan, habis diamuk Semenanjung Gaza. Tidak cukup dengan rakyat Palestin, Lubnan pula diserang kerana menuduh Hizbulllah menyokong Hamas dan keganasan.

Maka merajalelalah rezim ganas Israel. Dunia terpaku. PBB macam kena guna-guna dengan Amerika. Liga Arab kata proses damai selama ini membuang masa. Baru tahu ke? Itupun tak mahu buat apa. Duduk dan tengok. Sambil goyang kaki.

OIC dan NAM pun tak mampu menolong. Pengerusinya pun tak betah duduk nak menyelesaikan masalah dalam negara sendiri. Bagaimana mahu menolong Palestin?

Umat Islam dan rakyat dunia yang prihatin, menganjurkan perhimpunan aman membantah tindakan kejam Israel. Beribu yang turun ke jalanraya. Jadilah, berkongsi rasa kemanusiaan.

Rakyat Malaysia pula tak mungkin mahu turun ke jalanraya. Itu ganas, kata mereka. Orang tak bertamadun sahaja yang menjerit-jerit memegang sepanduk. Kita orang bertamadun banyak cara lain, kata mereka. Harga minyak naik pun kami tak protes, inikan pula kisah yang berlaku jauh di hujung sana. Kita sepatutnya bersyukur kerana negara kita aman, kata mereka lagi.

Rakyat Palestin sebenarnya bersendirian menghadapi rejim Israel. Kelengkapan perang serba kekurangan, malah mungkin hampir tiada. Setakat ini hanya Hizbullah Lebanon yang berani mengisytiharkan perang terhadap Israel. Iran juga tampak berani memberi katadua kepada Israel. Negara umat Islam yang lain senyap dan hanya tunggu dan lihat. Jangan kata membantu menghentikan serangan Israel, memberi sokongan moral pun payah. Paling hebat pun mereka akan mengutuk dan mengecam Isreal ketika menonton Berita TV sambil mulut mengunyah kacang.

Apakah kesudahan episod kali ini. Adakah ianya akan berlalu seperti episod-episod lalu? Sudah ribuan nyawa tak berdosa menjadi korban. Adakah kita juga akan jadi saksi setia sekali lagi? Atau kita sudah tidak ada rasa apa-apa? Sudah hilang deria rasa. Tidak berbekas di jiwa.


"Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu memberitahu: Bahawa sesungguhnya Ia akan menghantarkan kepada kaum Yahudi itu, (terus menerus) hingga hari kiamat, kaum-kaum yang akan menimpakan mereka dengan azab sengsara yang seburuk-buruknya (disebabkan kejahatan dan kekufuran mereka). Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat azab seksa-Nya, dan sesungguhnya Dia juga Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani." Al-A'raf - 167



"Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah orang Islam berperang dengan orang-orang Yahudi (di sebuah tempat). Orang Islam akan membunuh mereka beramai-ramai sehinggakan apabila mereka bersembunyi disebalik batu dan pokok, tiba-tiba pokok-pokok dan batu-batu itu bersuara menjerit memanggil umat Islam agar membunuh orang-orang Yahudi itu, kecuali pokok 'Gharqad', kerana ia adalah pokok Yahudi". Hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim




Faisal Tehrani telah memulakan satu blog buat melaporkan perkembangan terbaru di Palestin. Jangan klik jika anda mahu melihat yang indah-indah, kerana tiada keindahan di Palestin. Ada foto kanak-kanak yang dibunuh rejim Zionis. Di Palestin kanak-kanak hanya hidup untuk dibunuh rejim Israel.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails