Jumaat, April 29, 2005

Taj Mahal Sebuah Tugu Cinta

.




Taj Mahal adalah sebuah tugu cinta, bukti kasih sayang seorang suami terhadap isterinya. Taj Mahal merupakan makam daripada marmar yang dibina oleh Sheh Jehan (1614-1666) sebagai memperingati kematian isterinya, Mumtaz Mahal.

Mumtaz meninggal sewaktu melahirkan anak mereka yang ke-14, di medan perang pada tahun 1529 ketika Shah Jehan berperang untuk meluaskan jajahan takluknya. Sebelum pergi meninggalkan suami tercinta, Mumtaz meninggalkan empat pesan pada suaminya. Yang pertama, untuk mendirikan sebuah makam indah yang tiada tolok bandingnya di dunia, yang kedua, tidak berkahwin semula selepas kematian Mumtaz, yang ketiga bersikap baik terhadap anak-anak mereka dan yang keempat menziarahi makam Mumtaz di setiap kali ulangtahun kematiannya. Shah Jehan melafazkan janji namun hanya mampu mengotakan janjinya yang pertama dan kedua sahaja di hayat beliau.

Kematian Mumtaz membuatkan Shah Jehan menjadi sangat murung sehingga rambutnya bertukar putih hanya dalam masa beberapa bulan. Hidupnya dihabiskan untuk mendirikan sebuah makam simbol tugu cinta agung terhada isteri yang tersayang.

Taj Mahal indah diperbuat dari marmar putih, bertahtah permata, bersegi lapan. Lebarnya 130 kaki dan tingginya 200 kaki. Ia mula dibina pada tahun 1631 dan mengambil masa 22 tahun dan 20,000 pekerja untuk menyiapkannya. Batu pasir merah, perak, emas, carnelian, jasper, batu bulan, permata jade, lapis lazuli, batu karang juga digunakan untuk membangun cinta itu. Ianya dikelilingi oleh kebun Persia, dilengkapi oleh kolam air dan deretan pohon cemara.

Kecantikan Taj Mahal disimpulkan oleh kata-kata Rabindranath Tagore,

Let the splendor of the diamond, pearl and ruby vanish like the magic shimmer of the rainbow. Only let this one teardrop, the Taj Mahal, glisten spotlessly bright on the cheek of time... Rabindranath Tagore


Shah Jehan mengimpikan untuk mendirikan sebuah makam dari marmar hitam untuk dirinya sendiri namun harapannya musnah bila beliau digulingkan oleh anaknya sendiri, Aurangzeb. Shah Jehan kemudiannya dipenjarakan di Kubu Merah yang terletak berhampiran dengan Taj Mahal. Akhir hayatnya dihabiskan dengan merenung Taj Mahal dari jauh melalui tingkap penjaranya, mengenang akan pemergian isterinya yang tersayang, mengenang kembali akan kisah hidup mereka berdua. Shah Jehan akhirnya
disemadikan di Taj Mahal disamping isterinya.


Jiwa & Suri akan meraikan ulangtahun kisah cinta kami yang ketujuh di Tugu Cinta Mumtaz dan Jehan. Akan kembali pada 7 may 2005.

1 ulasan:

nural ain berkata...

Taj Mahal bukan sebuah tugu cinta, tapi sebuah tanda kezaliman seorang isteri kepada suaminya, jika benar mumtaz begitu cintakan suaminya, mengapa harus disuruh membina sebuah tugu, sehingga memaksa suami yang gagah perkasa melupakan kehidupan sendiri, bermurung, meratap dan melupakan kerajaan sendiri. Sepatutnya mumtaz menyuruh suami mencari penganti yang boleh memotivasikan diri, membesarkan lagi empayar negeri.Tanda Cinta bukan di tugu tapi dihati.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails