Isnin, Julai 26, 2004

Aliran Pemikiran Islam Liberal


   Majalah i Ogos 2004
 
 
 
Apakah itu Islam Liberal? Adakah aliran pemikiran ini wujud di Malaysia?

Majalah i keluaran Ogos 2004  yang diterbitkan oleh Kumpulan Karangkraf, membicarakan isu yang menarik mengenai aliran pemikiran Islam Liberal ini.

Aliran Islam Liberal ini lahir disebabkan oleh fenomena penjajahan barat ke atas negara umat Islam dan juga fenomena ketinggalan di bidang sains dan teknologi berbanding negara barat.

Pendokong aliran Islam Liberal ini berpendapat bahawa penafsiran kolot agama adalah faktor penghalang bagi mencapai kekuatan dan kemajuan. Mereka berpendapat, kelemahan dan kemunduran umat Islam adalah berpunca daripada belenggu kejumudan umat adlam mentafsir dan mempraktikkan agama Islam.

Persoalannya, benarkah kemunduran dan kelemahan kita disebabkan Islam itu yang lemah, dan perlu diberi penafsiran baru? Mengapakah kita menyalahkan agama di atas kelemahan pengamalnya?

Apakah erti kemajuan? Benchmark siapakah yang kita pakai bila kita mengatakan yang umat Islam lemah dan mundur. Bukankah kita telah dijanjikan sebagi umat yang terbaik, dengan syarat kita mengamalkan Islam secara totaliti? Allah telah menjanjikan kita sebagai umat terbaik kuntum khaira ummatin dengan syarat kita melaksanakan amar-ma'ruf, nahi munkar dan kita beriman kepada Allah. Rujuklah Ali Imran : 110

Umat Islam mundur bukan kerana Islam tetapi kerana kegagalan kita menguasai ilmu. Kita tidak bersungguh-sungguh untuk menguasai ilmu. Kita juga tidak menghormati ilmu dan orang berilmu. Lihatlah, di manakah letaknya taraf para cendikiawan, sasterawan, alim ulamak dalam agenda pembangunan negara kita?  Adakah kita mengambil kira pandangan mereka?




Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails