Dikumpul oleh Amir Muhammad
Ilustrasi oleh Shahril Nizam
Terbitan: Mata Hari
Harga : RM30
Saya hampir terlupa memperkatakan tentang buku ini. Buku tulisan Amir Muhammad ini benar-benar telah membuatkan saya ketawa dan tersenyum sendirian. Buku yang saya beli dari
Buku bertajuk Malaysian Politicians Say the Darndest Thing ini merakamkan petikan kata dari tokoh-tokoh politik tanahair. Lebih dari 100 petikan kata telah dikumpul oleh Amir Muhammad dan dipersembahkan dengan
Menariknya buku ini kerana kejayaan Amir Muhammad memilih petikan kata yang kelakar, lucu, sinis, kebodoh-bodohan, kontroversial dan yang sukar dipercayai ianya pernah disebut oleh seorang tokoh politik. Saya percaya, ada petikan kata di dalam buku ini yang mungkin pengucapnya sendiri tidak percaya ianya keluar dari mulut beliau. Walaupun tidak percaya, semua petikan yang dimuatkan dalam buk ini adalah yang pernah keluar di media perdana tanahair.
Itu sebabnya orang tua-tua pernah berkata, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata, buruk padahnya. Dalam konteks buku ini, terlajak kata, ianya sudah dirakamkan dalam bentuk buku dan akan disimpan untuk koleksi dan diwariskan kepada generasi akan datang. Tak tahulah samada mereka akan ketawa atau berkerut dahi bila membaca buku ini.
Saya paling suka petikan kata Dr Mahathir Mohamad yang paling banyak dipetik dalam buku ini. Lebih menarik petikan kata dalam buku ini merentasi zaman, tahun 80-an hingga ke yang terkini. Petikan kata sewaktu Dr Mahathir awal-awal memegang teraju sangat menarik. Tiba-tiba saya rasa nostalgik, teringat zaman Tun Musa Hitam menjadi timbalan, zaman 2M. Saya terbayang semula tabloid Watan dan Bumi, juga buku politik Subki Latiff yang banyak mengajar saya belajar membaca politik tanahair.
Buku ini macam buku sejarah. Membaca petikan kata mengingatkan pada peristiwa yang berlaku pada zaman itu. Teringat zaman Semangat 46 dan juga tokoh-tokoh pemimpinnya masa itu. Saya bayangkan pula wajah sesetengah tokoh itu yang kini sudah berubah nada dan tindakan. Sungguh nostalgik dan lucu!
Kepada yang belum baca, buku ini saya syorkan sebagai buku yang sesuai dibaca sempena mood akhir tahun, biar kita dinginkan semula kepala-kepala yang panas. Jangan marah-marah. Mari kita baca ramai-ramai dan ketawakan diri sendiri, kerana petikan kata dalam buku ini adalah cerminan diri kita juga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan