Lanterajiwa minta saya tolong war-warkan. Program dendang lagu dan baca puisi di Bagan Datoh, Perak. Bukan selalu orang-orang belah Bagan Datoh nak merasa program sebegini. Program-program merakyat dan santai sebegini perlu diperbanyakkan dan diadakan di merata tempat.
Lanterajiwa dan rakan-rakannya memang sering bergiat menganjurkan program sebegini. Ia mengingatkan saya pada kumpulan muzik Kiai Kanjeng yang sering buat program terus di lapangan masyarakat, ke akar umbi, dengan gaya santai dan bersahaja. Muziknya tak sama, tetapi sasarannya agak sama.
Kebetulan sekarang saya sedang membaca buku yang ditulis oleh pendiri Kiai Kanjeng. Emha Ainun Nadjib yang lebih sering dipanggil Cak Nun. Buku berjudul Tinju Pak Kiai ini menarik dibaca, menyentuh banyak perkara termasuk hubungan dua negara Malaysia dan Indonesia. Tulisannya boleh buat orang tersenyum dan berfikir sejenak.
Kiai Kanjeng, kumpulan muzik berasaskan gamelan yang sudah membuat persembahan di merata dunia. Yang lebih penting, mesej yang dibawa dalam lagu-lagu mereka yang sukar dicari dalam lagu-lagu popular. Mesej itulah agak saya mungkin ada sedikit persamaan dengan program di Bagan Datoh nanti.
Teringin nak ke Bagan Datoh, ada kawan lama di Sungai Sumun, tetapi rasanya tak berkesempatan. Kesibukan dengan tugas dan juga menguruskan keperluan keluarga dan peribadi. Buku banyak yang sudah dibaca juga belum sempat saya kongsi di sini.
Selamat berhibur kepada yang pergi.
Pertama kali di Sungai Sumun, Bagan Datoh.
Anjuran BloggersNetwork@Perak dengan kerjasama LanteraJiwa

Tarikh : 26 Jun 2009 ( Jumaat )
Masa : 8.30 malam
Tempat :
Laman Teratak Budi Ust. Ariffin Ngah Nasution @ Pak Karamu
Sungai Sumun, Bagan Datoh, Perak.
( Selepas Stesen Minyak BHP Sungai Sumun )
Alamat Penuh :
F30, Parit 11 Batu 16, 36400 Hutan Melintang , Perak.
Masuk : Percuma
* Jamuan makan disediakan.
Para Seniman :
Pyanhabib, Meor, Nik, KulupSakah, Mohammad Hariry, AirMas, Mat Saman Kati, LanteraJiwa & BloggersNetwork@Perak.
Penghargaan kepada Pak Karamu atas budi tajaan tempat, pentas, cahaya, sistem bunyi & makanan.
** Kepada sesiapa yang berminat untuk bersama-sama menyertai malam seni ini dengan mempersembahkan bakat samada mendeklamasikan puisi atau mendendangkan lagu dengan diiringi muzik akustik (secara langsung), sila hubungi lanterajiwa@gmail.com untuk mendapatkan keterangan lanjut sebelum 24 Jun 2009. Tema karya adalah yang bebas dari unsur cinta berahi, putus cinta dan apa-apa yang berkaitan dengan nafsu Adam dan Hawa. Keaslian karya ciptaan sendiri adalah diutamakan.

0 ulasan:
Catat Ulasan